Antara Objektif Program Guru Penyayang adalah. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti berikut; 1. Pelancaran Program Guru Penyayang 2. Mengalu-alukan kehadiran murid 3. Program Mentor Mentee 4. Penghargaan kepada murid (hari lahir/sambutan perayaan utama) 5.
Rencana ini perlu bagi memenuhi Wikipedia. Masalah tertentu ialah: kandungan rencana kurang bersifat 'ensiklopedia'. Perbincangan yang berkaitan boleh didapati di.
Sila bantu mengikut kemampuan anda. (Mei 2018) SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA Moto Ilmu Punca Kebijaksanaan Jenis Kluster Kecemerlangan Pengetua Pn. Noor Laila Bt. Hamzah Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn.
![Program Program](http://4.bp.blogspot.com/-dSVxScH7wFY/Uy66lG33xJI/AAAAAAAAATo/ADa3WVnpi18/s1600/Sekolah_Penyayang_3ft_x_2ft+amend+-+Copy.jpg)
Hajah Alimah Bt. Mohd Zain Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn.
Suradi Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Md Dawam Ketua Pelajar Mira Najihah Kod sekolah MEB 2092 Lokasi Melaka Nama singkatan STPM / MGHS Laman sesawang Telefon 06 - 2921206 Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka terletak di kawasan bandar iaitu kira-kira 2 km dari iaitu di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun. Kawasan ini mempunyai beberapa buah sekolah lain, iaitu dan. Isi kandungan. Sejarah Sekolah ini telah dibuka pada tahun.
Sebelum ini ia adalah sebahagian dari iaitu semenjak tahun. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu dan.
Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik pada tahun 16 November 1962. Terdapat 11 bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan sekolah, sebuah pusat sumber galeri seni dan galeri warisan.
Aliran sains bermula dari awal tahun 70-an dan kini meningkat kepada 6 buah kelas. Jumlah kelas telah bertambah daripada 12 buah (1961) menjadi 39 buah yang terdiri Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas (Januari 2007). Aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di SMK Gajah Berang).
Bilangan guru pada awalnya hanya seramai 29 orang dan bilangan pekerja hanya seramai 5 orang. Dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS) bersesuaian dengan penubuhanya yang dikhaskan kepada murid perempuan sahaja dari dahulu sehingga kini. Bilangan murid daripada 414 orang (1961) kepada 1031 orang (Jun 2017). Manakala bilangan guru pula daripada 37 orang (1973) menjadi 90 orang (Jun 2017) dengan bilangan staf sokongan ialah seramai 20 orang serta penghuni asrama seramai 300 orang. Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dan seterusnya pada tahun 2008, SMKTPM berdiri gah sebagai sebuah (SKK) Gred A di daerah, Melaka. Mata pelajaran dan Pasukan dipilih sebagai bidang kebitaraan sekolah. Prinsip Sekolah Visi Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Misi Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Objektif Sekolah. Meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PBSMR, SPM dan STPM ke arah 100% lulus. Meningkatkan pencapaian tertinggi dalam PBS Tingkatan 1,2 dan 3. Meningkatkan kualiti A dalam SPM. Meningkatkan kualiti prinsipal A (4P) dalam STPM.
Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan. Menyediakan iklim dan mengembangkan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan. Mencapai sifar dalam masalah disiplin dan sahsiah. Meningkatkan hubungan sekolah dengan komuniti. Falsafah & Nilai SMK Tinggi Perempuan Melaka berpegang kepada falsafah dan nilai yang berikut: Sesungguhnya, kami percaya dan yakin murid–murid SMK Tinggi Perempuan Melaka berpotensi menjadi modal insan berminda kelas pertama yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
Kami juga yakin semua guru berupaya mendidik murid–murid dan sentiasa mempunyai inisiatif meningkatkan profesionalisme keguruan. Piagam Pelanggan Dalam merealisasikan Visi Sekolah, kami guru–guru dan kakitangan SMK Tinggi Perempuan Melaka berjanji akan: 1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang yang adil dan saksama untuk semua murid. Memberi layanan yang mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan komuniti. Bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.
Menyegerakan semua tugas dengan mengambil kira perkhidmatan berkualiti diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan. Mengamalkan sistem bestari dalam pengurusan data, tepat dan boleh diakses bila diperlukan. Membudayakan budaya penyayang dan prihatin pada murid dan warga sekolah 7. Menjalin hubungan pintar dengan mengadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah serta IPTA dan IPTS untuk kecemerlangan sekolah 8.
Menghargai masa dalam setiap pengurusan dengan meminimumkan masa yang diambil dalam setiap tindakan. Mengamalkan TQM ( Total Quality Management).
Mencapai kecemerlangan dalam setiap urusan. Lencana Sekolah COKLAT Sentiasa berpegang pada akar budaya dan nilai agama. KUNING Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
OBOR Simbol cahaya penerang kehidupan. BUKU Simbol ilmu pengetahuan. PENA BULU BURUNG Simbol kemahiran membaca, menulis dan mengira PADI Melambangkan alam pendidikan yang sentiasa dinamik, progresif dan asertif. PERISAI BERBUCU TIGA Simbol kecemerlangan dalam aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum yang bertanggung jawab menjadi benteng yang ampuh bagi menangani segala cabaran kehidupan Bendera Sekolah. Coklat Sentiasa berpegang pada akar dan nilai agama Kuning Melambangkan kegigihan untuk mencapai kecemerlangan Putih Sentiasa menjaga maruah dan nama baik sekolah.
Barisan Pengetua Bil. Dari Hingga Nama Pengetua 1.
1961 1962 En. Yeow Teng Khoo 2.
1963 1968 Pn. Glorina Rajendran 3. 1968 1972 Pn.
Chan Yew How 4. 1972 1987 Cik V. Pushpanayagi 5. 1997 2001 Pn. Hajah Rosnah Bt.
2002 2003 Datin Wira Hajah Halimah Bt. 2004 2007 Pn. Hajah Mismy Bt. 2007 2016 Puan Sri Hajah Norliah Bt. 2016 Kini Pn.
Noor Laila Bt. Hamzah Lagu Sekolah (Puteri Pertiwi) Lagu Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dicipta oleh Mat Mohd Sidik dan liriknya oleh Zaiton Hj.
Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka Tempat kuntum-kuntum bunga kembang dan mekar Indahnya menghiasi jambangan negara Di sini putri pertiwi bermula Segala ilmu dituntut sepenuh hati Dalam sukan berjuang kuat dan berbakti Guru dihormati, imej dijunjung tinggi Sejajar dengan nama yang diberi Kejayaan penuh usaha, kemenangan berwibawa Itulah matlamat semua Dengan tidak melupakan nilai-nilai murni kita Demi sekolah yang tercinta Pelihara sifat ketimuran kita Bersopan santun serta berakhlak mulia Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka. GKMP - Bahasa Puan Nadziah bt Ahmad GKMP - Kemanusiaan Pn Suzana Mansor Barisan Kepimpinan Pelajar 2017 Ketua Pengawas: Farra Nur Maisarah Bt. Kamaruzaman P. Ketua Pengawas 1: Khalaiarasi A/P Raman P. Ketua Pengawas 2: Nurul Huda Mastura Bt.
Johari Setiausaha: Munira Bt. Amir Biro disiplin: Siti Nur Aisyah Bt. Abdullah Biro 3 K: Ashah Fitrah zainal Bahry Biro Kantin: Nurul Sakinah Bt. Kamal Biro Siaraya: Raisya Nur Shafira Bt. Mutalib Enrolmen Bilangan Murid Tingkatan Bilangan Satu 252 Dua 169 Tiga 138 Empat 186 Lima 177 Enam 75 Jumlah 997 Bilangan Guru Jantina Bilangan Lelaki 11 Perempuan 79 Jumlah 90 Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Jantina Bilangan Lelaki 8 Perempuan 6 Jumlah 14 Pencapaian Sekolah Pencapaian kokurikulum SMKTPM sangat menggalakkan.
Murid SMKTPM sangat aktif dan menyertai pelbagai pertandingan kokurikulum. Terdapat penglibatan murid sehingga ke peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Tahun Pencapaian 2017. Output t5Nn2d Galeri Warisan Galeri Warisan SMK Tinggi Perempuan Melaka terbahagi kepada dua iaitu Galeri Sejarah dan Galeri Seni.
Idea mewujudkan Galeri Warisan Sekolah SMK Tinggi Perempuan Melayu dicetuskan semasa persediaan menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Sekolah pada tahun 2010. Pada ketika itu bermulalah gerakan mengumpul barangan lama, gambar-gambar, piala dan dokumen penting yang telah digunakan lebih 50 tahun lalu untuk diletakkan di sebuah bilik yang dinamakan “Bilik Warisan Sejarah Sekolah”. Bilik itu terletak di bahagian hujung bangunan Blok F berhadapan dengan Surau Sekolah. Pada 30 Julai 2010 bilik tersebut telah dibuka dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia yang ketika itu merupakan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka pada tahun 1974 hingga 1978. Pada bulan Ogos 2014 berlaku banjir yang telah mengakibatkan bangunan blok F dinaiki air dan menenggelamkan serta merosakkan sebahagian bahan dan peralatan di Bilik Warisan Sejarah Sekolah. Sejak itu pihak sekolah telah membuat keputusan untuk memindahkan bilik tersebut ke tempat yang lebih tinggi dan sesuai.
Kini bilik Warisan Sejarah Sekolah ditempatkan di hujung blok F berhadapan dengan Perpustakaan Sekolah dan diberi nama sebagai Galeri Warisan. Galeri ini dimasukkan di bawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah. MATLAMAT Menyediakan sebuah galeri yang komprehensif dan relevan dengan perkembangan sekolah OBJEKTIF. Memelihara koleksi barang-barang dan dokumen-dokumen lama sebagai khazanah Warisan Sekolah. Mendedahkan kepada pelajar dan guru-guru dengan kejayaan-kejayaan sekolah yang dijadikan inspirasi untuk kesinambungan kejayaan sekolah. Melahirkan perasaan jati diri melalui sejarah sekolah. Memperkenalkan sejarah SMK Tinggi Perempuan Melaka kepada masyarakat umum.
Menanam rasa cinta dan bangga akan sejarah bangsa dan negara Secara amnya, Galeri Warisan SMKTPM menempatkan bahan - bahan berikut: 1. 1.1 Lokasi dan asal usul petempatan 1.2 Pengasasan & Pembinaan 1.3 Perkembangan dari segi bangunan dan Kemudahan 2. Pengurusan dan Pentadbiran. Galeri Warisan 2.1 Pengetua 2.2 Barisan Pentadbir 3. Pencapaian Utama Sekolah 3.1 Akademik 3.2 Sahsiah dan Personaliti 3.3 Kokurikulum 3.4 Aktiviti, Peristiwa & Majlis Sambutan Utama - Album, Dokumen & Laporan 3.5 Etos/Kebitaraan - Pasukan Pancaragam - Pendidikan Seni Visual - Bola Jaring 4.
Jejak Bekas Pelajar 4.1 Alumni & Aktiviti 4.2 Pencapaian & Kejayaan Bekas Pelajar 5. Hubungan Masyarakat 5.1 Persatuan Ibu bapa dan Guru 5.2 Pegawai Perhubungan Polis 5.3 IPTA dan IPTS 5.4 Lain-lain Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan 6. Barangan Warisan Sekolah 6.1 Perabot lama, Pinggan Mangkuk dan peralatan lama Kelas ERT sekolah 6.2 Alat-alat Multi Media,Alat Muzik 6.3 Pakaian Artifak Penerangan Pautan video.
Piano Perkataan PIANO diambil dari bahasa Itali iaitu piano dan forte, yang bermaksud lemah dan kuat. Di Itali yang mereka katakan masih 'pianoforte.
Ialah yang dimain melalui. Ia menghasilkan bunyi apabila tali dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyinya Di sekolah ini, Piano ini telah digunakan oleh guru muzik sekitar tahun 70an untuk aktiviti kelas muzik seperti nyanyian, mengubah lirik lagu dan menghasilkan lagu. Marching Bell Alat musik melodi drum band yang terdiri dari bilah-bilah logam persegi (lyra) yang setiap logam memiliki nada tersendiri, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan stik yang ujungnya terbuat dari mika. Fungsi utama bellyra adalah memainkan nada-nada melodi, yakni nada-nada lagu yang dimainkan oleh unit drum band sehingga pemirsa dapat menentukan/menebak lagu apa yang sedang dimainkan, dan berada di belakang bass drum di setiap paradenya.
Lagu-lagu yamh dimainkan adalah lagu-lagu melodi, yang meliputi lagu-lagu yang biasa kita dengar melalui media-media elektronik. Bellyra merupakan simbol keharmonisan melodi dari sebuah unit drum band. Mesin Taip adalah, elektromekanik atau dengan set 'kekunci' yang, apabila ditekan, menyebabkan huruf dicetak pada dokumen, biasanya. Mereka yang menggunakan mesin taip dikenali sebagai jurutaip. Mesin taip mempunyai kekunci mesin taip, dengan kekunci untuk huruf pada muka taip. Kaedah bagaimana mesin taip meletak tanda pada kertas sekarang pelbagai sebagaimana jenis pencetak, tetapi sehingga akhir abad ke-20, ia merupakan dengan hentaman logam (atau, kemudiannya, unsur jenis plastik berlogam pada jalur berdakwat yang menyebabkan melekat pada kertas. Kertas karbon kadang kala diselit antara beberapa lapisan kertas, agar salinan huruf dicetak pada setiap lapisan kertas.
Mesin taip Olivetti Lettera 32 Mesin taip Smith Premier, sekitar akhir abad ke-19. Untuk sebahagaian besar abad ke-20, mesin taip merupakan alat penting di pejabat dan kebanyakan penulis.
Kini, walaupun masih popular digunakan beberapa penulis dan di negara kurang maju, mesin taip kebanyakannya telah digantikan dengan pada. Batu Giling.
Diperbuat daripada batu dan terdiri daripada yang dipanggil ibu dan anak. Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling. Anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu.
Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik. Tujuannya agar bahan gilingan dapat digiling dengan serata. Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang, inai dan bahan-bahan lain. Congkak. Congkak ialah sejenis tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Walau bagaimanapun, asal usul permainan congkak dipercayai dari dunia atau Arab yang telah tersebar ke Asia Tenggara melalui pedagang-pedagang Arab yang menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka.
Nama 'congkak' pula dikatakan diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu 'congak' yang bermaksud pengiraan mental. Terdiri terdiri daripada satu papan congkak dan buah congkak. Bahan-bahan yang boleh dijadikan buah congkak termasuklah biji saga, guli atau batu-batu kecil. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu seperti merbau, keruing, balau, kayu dan. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. 'Rumah' kepunyaan pemain terletak di lubang hujung sebelah kirinya.
Dalam permainan congkak, dua pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Pemain akan memulakannya dengan serentak dengan mengisikan satu persatu buah congkak dalam setiap kampung dengan sama banyak menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam sehingga salah seorang pemain berhenti di lubang yang kosong kerana kehabisan buah congkak dan dianggap mati.
Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Permainan ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi walau satu lubang sekalipun dan dianggap kalah.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai 'tembak'.
Alatan Merenjis Alat Merenjis Tepong Tawar diperbuat daripada bahan tembaga dan pada kebiasaanya digunakan sewaktu majlis persandingan perkahwinan orang - orang Melayu. Kebanyakannya aktiviti merenjis dan menepung tawar ini dilakukan oleh ibu, ayah, adik beradik & sdara terdekat pengantin itu sendiri.
Tengah2 sibuk bersanding ade la annoucement panggil ayah pengantin atau ibu pengantin utk merenjis dan menepung tawar. Alat yg digunakan pulak adalah air mawar, tepung beras dan ade yg guna daun pandan dicampur pelbagai jenis bunga. Bakul Siah. Bakul Siah atau bakul sia merupakan bakul tradisi bagi masyarakat Baba dan Nyonya di negeri Melaka.
Bakul ini terdiri daripada beberapa saiz dan tingkat. Oleh itu, harga bakul ini bergantung kepada saiz serta tingkatnya. Kebiasaannya, bakul ini diperbuat daripada, dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Corak hiasan dan besar bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan yang dikehendaki oleh pemilik bakul tersebut. Pada masa dahulu, bakul ni digunakan untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan untuk pemberian hadiah. Para tetamu terutamanya kaum ibu yang pergi ke majlis perkahwinan biasanya akan membawa bakul siah bagi mengisi buah tangan atau hadiah dalam bentuk beras.
Bakul siah ini diberikan kepada tuan rumah yang kemudiannya memasukkan beras tersebut ke dalam tong beras. Tuan rumah akan membalas pemberian beras tersebut dengan memasukkan benda lain ke dalam bakul Sia seperti pulut kuning atau telur rebus. Selain itu, bakul Siah juga digunakan apabila ada kematian. Para ibu yang melawat rumah si mati akan mengisi beras di dalam bakul Sia dan memberikannya kepada tuan rumah. Berbeza daripada majlis perkahwinan, tiada balasan daripada tuan rumah apabila bakul ini dikembalikan. Rehal. Rehal adalah alat yang digunakan oleh masyarakat untuk meletakkan ketika membaca dan mempelajarinya.
Rehal yang juga dikenali sebagai rihal, dicipta khusus oleh orang-orang Islam secara simboliknya untuk mengangkat kedudukan dan darjat Al-Quran sebagai satu cara menghormati dan memuliakan kitab Allah SWT iaitu Al-Quran. Terdiri daripada papan bersilang yang boleh dibuka dan ditutup bagi memudahkan proses penyimpanan rehal tersebut. Alat ini digunakan di dalam madrasah, masjid dan juga rumah orang-orang Islam. Kebiasaannya, rehal diperbuat daripada kayu yang diukir dengan pelbagai bentuk dan corak tetapi dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, terdapat juga rehal yang dibperbuat daripada plastik. Satu manfaat daripada penggunaan rehal adalah dapat memelihara jilid al-Quran. Bentuk 'V' yang terhasil daripada bentuk rehal memastikan tetulang jilidan sebuah kitab terpelihara apabila kerap kali dibuka dan ditutup. Galeri Seni.
Pandangan Luar Galeri Seni Sebuah lagi Galeri penting di sekolah ialah. Galeri Seni ini telah dibina bangunannya pada tahun 2008 bersebelahan Dataran Ilmu. Galeri ini telah dibina setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai. Galeri ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan sekolah. Menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Sesuai dengan Pendidikan Seni Visual sebagai Kebitaraan sekolah, Galeri ini menempatkan bahan-bahan yang merupakan hasil karya pelajar SMK Tinggi Perempuan sejak tahun 2008 hingga ke hari ini. Kini Galeri Seni juga merupakan Galeri Warisan Sekolah yang diletak dibawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Dengan adanya Galeri Warisan, bukan sahaja membolehkan warga SMK Tinggi Perempuan Melaka mengetahui perkembangan sekolah sejak permulaan bahkan dapat memartabatkannya sebagai gedung ilmu dan sekaligus sebagai atau di peringkat sekolah mahupun negeri Melaka. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) 2017 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah persatuan yang wujud di setiap sekolah.
Di SMKTPM, keahlian persatuan ini terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini dan guru-guru di sekolah tersebut. Peranan utama PIBG adalah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak mereka. PIBG juga berperanan menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guruguru. Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar. Di samping itu, pihak PIBG juga dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah.
Terdapat pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini memerlukan kos yang banyak sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad. Oleh itu, antara kemudahan yang boleh disumbangkan oleh PIBG ialah pondok bacaan pelajar dan pondok menunggu bas. Sesungguhnya, bantuan daripada PIBG kepada pihak sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan antara plhak PIBG dengan pihak sekolah. Berikut merupakan carta organisasi PIBG SMKTPM. Pibg SMKTPM 2017 Alumni Persatuan Alumni Sekolah Tinggi Perempuan Melaka telah ditubuhkan dengan rasminya pada 2010. Sejak penubuhannya Alumni telah bekerjasama dengan sekolah dengan aktiviti kebajikan dan bantuan terutama kepada murid-murid miskin dan yang kurang berkemampuan.
Setiap tahun hingga kini Alumni sentiasa turut serta dalam Majlis Infaq Ramadhan anjuran pihak sekolah. Sumbangan terbesar alumni ialah dalam mengumpul dana penambahbaikan surau an najah sekolah pada tahun 2014, dengan pihak alumni mencari badan koperat dalam menyumbang pembesaran surau. Setakat ini, pihak sekolah masih lagi mengumpul para alumni yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi untuk diabadikan di dalam Galeri Warisan. Berikut merupakan antara insan - insan yang dapat dihubungi pihak sekolah dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Amalan Guru Penyayang telah dilaksanakan secara berterusan dan menjadi budaya guru di sekolah ini. Antara aktiviti Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid. Guru akan mengalu-alukan dan menyambut murid di pintu pagar sekolah.
Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid 2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid Tarikh Pelaksanaan: Setiap hari waktu persekolahan Masa: 7.00 pagi hingga 7.20 pagi (sesi pagi) 1.00 petang hingga 1.20 petang (sesi petang: Isnin - Khamis) 2.00 petang hingga 2.20 petang (sesi petang: Jumaat) Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Mengalu-alukan Kehadiran Murid Urusetia: Sesi pagi - Pn Juli Bt Mahbah dan Pn Roseniza Bt Setapa Sesi petang - Pn W.Rosmawati Bt W.Ibrahim dan Pn Hastipa@Zaiton Bt Mat Daud. SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2018: Sesi Pagi - Tahun 4, 5 dan 6. Waktu Tiba Sekolah murid sesi pagi adalah sebelum jam 7.20 pagi.
Sesi persekolahan bermula jam 7.30 pagi Isnin - Khamis: 7.30 pagi - 1.20 petang Jumaat: 7.30 pagi - 11.50 pagi Waktu Rehat Sesi Pagi: Tahun 4 dan 5: 9.30 pagi - 9.50 pagi Tahun 6: 10.30 pagi - 10.50 pagi Sesi Petang - Tahun 1, 2 dan 3. Waktu Tiba Sekolah murid sesi petang adalah sebelum jam 1.10 petang. Sesi persekolahan bermula jam 1.20 petang Isnin - Khamis: 1.20 petang - 6.40 petang Jumaat: 2.20 petang - 6.10 petang Waktu Rehat Sesi Petang: Tahun 1 dan 3: 3.20 petang - 3.40 petang Tahun 2: 3.50 petang - 4.10 petang.